
NEW YORK, 23 Sept – Perancis secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat, menurut pengumuman Presiden Perancis, Emmanuel Macron, semasa Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa.
Macron menegaskan bahawa dunia perlu memikul tanggungjawab masing-masing bagi memastikan penyelesaian dua negara menjadi kenyataan. “Hari ini, saya mengisytiharkan bahawa Perancis mengiktiraf negara Palestin,” katanya.
More interested news..
Dengan langkah terbaru ini, jumlah negara anggota PBB yang mengiktiraf Palestin meningkat kepada 153 daripada 193 negara, mewakili lebih 80 peratus komuniti antarabangsa.
Pengiktirafan semakin banyak negara terhadap Palestin secara tidak langsung meningkatkan tekanan diplomatik terhadap Israel, yang terus melancarkan serangan di Gaza sehingga menyebabkan lebih 65,300 penduduk Palestin terbunuh dan wilayah itu musnah hampir sepenuhnya.