Hati-hati Scammer Sempena Cuti Sekolah

Musim cuti sekolah sering menjadi peluang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti penipuan dalam talian, termasuk jual beli tiket, pakej percutian palsu dan hadiah yang tidak wujud. Pengguna digalakkan untuk lebih berhati-hati ketika membuat transaksi dalam talian, terutamanya ketika membeli tiket atau pakej percutian melalui platform yang kurang dikenali. Tawaran harga murah atau hadiah […]

Ops Anti Litter: Kebersihan Ibu Kota, Tanggungjawab Bersama

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima reaksi positif daripada orang ramai di media sosial susulan pelaksanaan Ops Anti Litter yang menyasarkan perokok agar membuang puntung rokok di tempat yang disediakan. Operasi itu dijalankan oleh Penguatkuasa Kebersihan, Jabatan Kawalan Alam Sekitar (JKAS) DBKL, bagi menangani masalah puntung rokok yang dikenal pasti sebagai antara penyumbang utama pencemaran […]

Malaysia Perlu Kepimpinan Berasaskan Kenegaraan, Bukan Identiti 

Kepimpinan dalam sistem demokrasi berperlembagaan seharusnya dinilai berdasarkan prestasi dan kesetiaan kepada Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara, bukan berdasarkan sentimen kaum. Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat, Loh Ker Chean, berkata demikian susulan pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan daripada kalangan masyarakat Cina yang mencetuskan pelbagai reaksi, sekali gus menimbulkan kepekaan masyarakat […]

Kejayaan Sukan SEA Bukti Semangat Juang Atlet Malaysia – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh Kontinjen Malaysia atas pencapaian membanggakan di Sukan SEA Thailand baru-baru ini. Beliau berkata, kejayaan itu adalah hasil disiplin tinggi, pengorbanan berterusan serta semangat juang para atlet, jurulatih dan pegawai pasukan yang tidak pernah luntur dalam mengharumkan nama negara di persada serantau. “Masih […]

Bekas PM Najib Akan Bawa Kes Titah Adendum Ke Mahkamah Rayuan

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakiman berhubung Titah Adendum. Perkara itu disahkan oleh peguam bela beliau, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, dalam satu sidang media pada Selasa. “Kami akan mengemukakan rayuan. Kami telah memohon agar penghakiman awal diformalkan, […]

Pentadbiran Wilayah Persekutuan Akan Berteras Suara Rakyat – Hannah Yeoh

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, menegaskan bahawa pentadbiran Wilayah Persekutuan di bawah kepimpinannya akan berteraskan suara rakyat, dengan kerjasama erat bersama Ahli Parlimen kawasan masing-masing. Menurut beliau, Ahli Parlimen memainkan peranan penting kerana mereka adalah pihak yang paling memahami keperluan serta cabaran masyarakat setempat. “Suara rakyat adalah suara keramat dan wajar […]

Inisiatif NADI On Wheels Bantu Keperluan Digital di PPS Banjir Pahang

Inisiatif NADI On Wheels terus memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungan akses internet dan sokongan komuniti kepada mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri Pahang. Melalui pendekatan mudah alih, NADI On Wheels menyediakan kemudahan sambungan internet yang stabil bagi membantu penduduk terjejas berhubung dengan ahli keluarga, mendapatkan maklumat rasmi berkaitan bantuan bencana, serta mengurus urusan penting […]

Ulasan | Krisis Adab: Selamatkan Generasi Melalui Jalan Rahmah

KRISIS adab yang sedang melanda masyarakat kita hari ini bukan lagi tanda amaran kecil, tetapi sebuah fenomena yang jauh lebih dalam dan membimbangkan.  Ia bermula secara halus di rumah, meresap ke sekolah, kemudian meletus dalam bentuk perilaku sosial yang kasar, hilang hormat, dan semakin jauh daripada nilai kemanusiaan yang sepatutnya menjadi akar pendidikan masyarakat. Kita […]

AISAR: Pendidikan Rahmah sebagai Asas Membina Generasi Beradab

Fenomena krisis adab kini nyata di kalangan generasi muda. Anak-anak menunjukkan perilaku tidak sopan, cepat tersinggung, dan bergantung pada media sosial untuk pengiktirafan, menandakan jurang nilai kemanusiaan semakin besar. Masalah ini berpunca daripada persekitaran rumah yang kurang menekankan akhlak, ibu bapa yang tertekan, dan pengaruh teknologi serta media sosial yang tidak diawasi. Sekolah pula menghadapi […]

CSAM Semakin Berleluasa, Perlunya Kawalan Ketat di Semua Platform – Pakar

Malaysia kini berdepan ancaman keselamatan digital yang semakin serius apabila pengedaran bahan eksploitasi seksual kanak-kanak (Child Sexual Abuse Material, CSAM) bergerak aktif melalui saluran tersembunyi dan peribadi. Menurut Prof. Dr. Selvakumar Manickam, Pakar Keselamatan Digital dari Universiti Sains Malaysia (USM), modus operandi penyebar CSAM kini tidak lagi bergantung pada platform terbuka, sebaliknya menggunakan ruang komunikasi […]