
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan tiga individu yang dipercayai terlibat dalam penyebaran hantaran palsu berunsur 3R (agama, kaum dan institusi diraja) di media sosial.
Hantaran itu mendakwa seorang wanita berbangsa Cina telah naik ke pentas utama semasa sambutan Hari Kebangsaan Negeri Perak di Ipoh, dakwaan yang disahkan tidak benar oleh MCMC. Kes berkenaan berpotensi mencetuskan ketegangan kaum dan persepsi negatif dalam masyarakat.
More interested news..
Rakaman keterangan dilakukan di tiga lokasi berbeza, iaitu Balai Polis Kuala Nerang (Kedah), Balai Polis Beserah (Kuantan), dan IPD Timur Laut (Pulau Pinang). MCMC turut menyita tiga telefon bimbit, tiga kad SIM dan satu kad memori untuk analisis forensik digital.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. MCMC turut menggesa orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dan memastikan kesahihan maklumat sebelum menyebarkan kandungan di media sosial.