
SHAH ALAM – Malaysia mencatat satu lagi pencapaian penting dalam lonjakan ekonomi digital apabila tokoh diaspora teknologi, Pua Khien Seng, kembali ke tanah air dengan misi membangunkan ekosistem mikrocip tempatan yang berdaya saing di peringkat global.
Inisiatif ini tidak berdiri sendiri. Ia didokong oleh Nurul Izzah Anwar, Penasihat kepada Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC), yang memainkan peranan penting sebagai pemudahcara antara idea, dasar dan pelaburan – sekali gus membuktikan bahawa politik mampu menjadi pemacu pembangunan.
More interested news..
Dengan sokongan dan panduan SIDEC, Pua berjaya melancarkan syarikat teknologi baharunya, MaiStorage, di Malaysia dua bulan lalu.
Syarikat tersebut membawa masuk pelaburan berjumlah RM100 juta serta teknologi bernilai RM1 bilion, menandakan era baharu dalam bidang reka cipta mikrocip negara.
Lebih membanggakan, MaiStorage menawarkan gaji permulaan sebanyak RM6,000 kepada graduan baharu, manakala jurutera berpengalaman menikmati pendapatan lima angka. Syarikat itu juga menyasarkan penyenaraian di bursa saham (IPO) menjelang tahun 2028.
“Saya mahu melihat Malaysia muncul sebagai Harimau Digital ASEAN,” ujar Pua, menggambarkan aspirasinya untuk menjadikan Malaysia bukan sekadar pengguna, tetapi pencipta teknologi bertaraf dunia.
Pencapaian ini membuktikan bahawa dengan strategi tepat dan sokongan berkesan, Malaysia mampu kembali menjadi peneraju teknologi di rantau ini.
Nurul Izzah turut membuktikan bahawa kepimpinan yang berwawasan mampu menjadi jambatan antara potensi dan pencapaian — dan hasilnya, negara menikmati pulangan yang jauh lebih besar daripada pelaburan politik biasa.











