Kerajaan akan menyatakan pendirian rasmi Malaysia berkait pendanaan Iran dan proksinya, Hamas.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang akhbar pada Rabu berkata, beliau akan bertemu Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bagi keganasan dan risikan kewangan, Brian Nelson hari ini untuk mendengar perkara ingin dibangkitkan.
More interested news..
- Sanusi tak jaga ‘decorum’ jadi sebab mesyuarat lama tak diadakan – Saifuddin Nasution
- Serangan di Ulu Tiram: Jangan buat spekulasi, beri ruang pihak berkuasa siasat – Menteri
- Pindaan berkaitan kewarganegaraan: Ahli Parlimen ada peluang bahas pada sesi depan
- ‘Malaysia hanya iktiraf sekatan UNSC, bukan oleh mana-mana negara’, Saifuddin jawab wakil AS
“Pada akhir mendengar pembentangan mereka…saya akan memberikan penjelasan ataupun ‘official position’ (pendirian rasmi) kerajaan tentang perkara yang tertentu,” katanya.
Reuters sebelum ini melaporkan kebimbangan AS terhadap dana digerakkan Iran kepada proksinya menerusi sistem kewangan Malaysia.
Nelson turut dilapor akan berkunjung ke Malaysia dan Singapura minggu ini dalam usaha Washington mengekang pembiayaan tersebut, serta sekatan dikenakan terhadap Rusia.
BACA LAGI: PM Anwar konsisten bela Palestin, tak pernah kategorikan Hamas pengganas
Mac lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, Malaysia mempunyai hubungan dengan sayap politik Hamas, bukannya mana-mana kumpulan militan.