Amerika Syarikat (AS) menghargai komitmen Malaysia dalam membanteras aktiviti penggubahan wang haram bagi membiayai kegiatan keganasan.
Penghargaan itu dinyatakan sendiri oleh Setiausaha Rendah Perbendaharaan AS bagi keganasan dan risikan kewangan, Brian Nelson semasa pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Putrajaya pada Khamis.
More interested news..
- Pindaan Akta Hasutan dimulakan, halang provokasi terhadap institusi diraja – Menteri KDN
- Menteri KDN ucap tahniah kepada PDRM, susulan penangkapan suspek tembakan di KLIA
- PRK Kuala Kubu Bharu: hubungan baik calon kerajaan beri kelebihan kepada pengundi
- Kerajaan secara prinsip setuju laksana tahanan di rumah kepada banduan – Saifuddin
“Dalam perjumpaan berkenaan saya turut mengambil peluang memaklumkan mereka (wakil AS) mengenai perspektif negara mengenai perkara berkenaan termasuk dari segi politik, perundangan, penguatkuasaan serta kerjasama serantau.
“Saya juga berkongsi pelan strategik lima tahun Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menangani perkara berkaitankeganasan dan mereka mengambil maklum mengenai perkara itu,” katanya pada sidang media.
Saifuddin sebelumnya hadir ke Majlis Penghargaan pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 dan Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2024.
BACA LAGI: Ulama Besar Australia anggap PM Anwar satu-satu pemimpin yang tegas bela Palestin
Sementara itu tambahnya, pada pertemuan itu juga Nelson telah menyuarakan berkenaan dakwaan pembabitan pertubuhan, individu dan syarikat di negara ini dalam aktiviti pembiayaan keganasan.
“Apa yang mereka bentangkan kepada kita berdasarkan kepada maklumat sepihak yang mereka ada, yang memerlukan beberapa proses verifikasi di peringkat kita.
“Kita tegaskan bahawa polisi Malaysia hanya mengiktiraf sekatan yang dikemukakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan bukan sekatan oleh satu-satu negara dan delegasi AS menghormati pendirian kita,” tambahnya.











