Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya memberkas
Kejayaan pihak berkuasa polis memberkas suspek tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri.
More interested news..
- Jemaah Menteri setuju tujuh cadangan pindaan Perlembagaan berhubung isu kewarganegaraan
- Malaysia sita RM990 juta harta terkait jenayah dadah sejak 2019 – Menteri
- Op Selamat 22 sempena Aidilfitri mula 8 hingga April – KPN
- LPF tak akan luluskan filem berunsur LGBTQ, komunisme dan bertentangan akidah – Menteri
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melalui satu hantaran di laman Facebooknya mengucapkan tahniah atas kejayaan itu.
“Tahniah pasukan PDRM Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) atas kecekapan memberkas segera suspek tembakan KLIA tempoh hari,” tulis Saifuddin.
Ahad lalu, suspek Hafizul Harawi, 38, melepaskan dua das tembakan dengan menyasarkan isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.
Bagaimanapun, satu tembakan jarak dekat itu telah tersasar, manakala satu lagi das mengenai pengawal peribadi isteri suspek dan beliau dilaporkan parah.
BACA LAGI: Polis sifatkan insiden tembakan di KLIA berunsur peribadi
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada Isnin mengesahkan penangkapan Hafizul di Kota Bharu, Kelantan pada jam 3 petang semalam.
Razarudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.











