Laporan awal berkaitan nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya dijangka diterbitkan hari ini.
Jurucakap mewakili kerajaan Fahmi Fadhil pada satu sidang media semalam berkata, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sudah membentangkan maklum balas laporan itu semasa mesyuarat Kabinet .
More interested news..
- Kanak-kanak bawah 13 tahun tidak dibenarkan miliki akaun media sosial – Menteri
- Kerajaan ambil pendekatan lebih releven tangani isu artis bermasalah – Fahmi
- Gelaran Biduanita Negara buat Siti Nurhaliza masih dalam perbincangan dalaman – Fahmi
- Nahas helikopter: Sambutan Ulangtahun TLDM dibatalkan, diganti majlis tahlil – Menteri
Beliau dijangka akan membuat kenyataan mengenai perkara berkenaan kepada media.
“Menteri Pertahanan sudah memberi maklum balas mengenai status laporan awal siasatan.
“Beliau memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa laporan awal akan diterbitkan esok dan ini laporan awal,” katanya sebagai mengulas mesyuarat itu.
Dalam kejadian pada jam 9.32 pagi, 23 April lalu, 10 anggota dan pegawai TLDM terdiri daripada tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM terkorban, selepas helikopter dinaiki terhempas semasa menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
BACA LAGI: KPT bantu anak-anak mangsa nahas helikopter TLDM
Tragedi menyayat hati itu merupakan nahas terburuk membabitkan nahas helikopter di negara ini sejak sembilan tahun lalu dan yang kelapan berlaku dalam tempoh sama.
Susulan itu kerajaan telah memberi komitmen untuk memberi laporan interim dalam tempoh dua minggu, manakala laporan penuh kejadian dalam tempoh sebulan.











