Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil memaklumkan bahawa pihaknya sedang meneliti cadangan untuk menganugerahkan gelaran Biduanita Negara kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menurut beliau, perkara tersebut sudah dibawa dalam perbincangan dan proses berkenaan akan memakan masa untuk diteliti.
More interested news..
“Saya ada bangkitkan dan ia ambil masa untuk diproses.
“Saya nampak, mungkin kita akan cuba lihat apa boleh dilakukan untuk percepatkan proses,” katanya.
Fahmi berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama pengamal media di sebuah hotel di Kuala Lumpur, malam tadi.

Bagaimanapun Fahmi berkata, beliau belum boleh mengulas perkara itu secara terperinci kerana ia masih dalam proses perbincangan.
“Jadi belum sesuai untuk saya komen lebih sebab perkara dalam perbincangan dalaman,” katanya.
Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata terbabit mengakui tidak meletakkan sebarang harapan berhubung penganugerahan sebagai Biduanita Negara kerana karier yang diceburinya seawal usia 16 tahun dibuat atas dasar minat mendalam.
Sebelum ini, kejayaan Siti Nurhaliza ketika menganjurkan konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac lalu mengundang perhatian ramai hingga ada yang menyarankan agar penyanyi berkenaan diberikan gelaran tersebut.

Setakat ini, hanya dua penyanyi yang pernah mendapat gelaran Biduanita Negara iaitu Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma.











