“Tarif AS: Pendekatan Malaysia Buka Peluang Rundingan Lebih Saksama”

PETALING JAYA: Pendekatan diplomatik Malaysia dalam menangani tarif baharu Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai langkah bijak yang membuka ruang kepada penyelesaian lebih adil, kata Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali dari MINDA-UKM.

Beliau memuji keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memilih rundingan berbanding tindakan balas segera terhadap tarif AS yang mencecah 24 peratus ke atas barangan dari Malaysia.

“Malaysia tidak perlu tergesa-gesa. Terdapat 12 isu bukan tarif yang boleh dirundingkan, dan kita ada ruang untuk mencapai kesepakatan,” katanya.

Sebagai pengerusi ASEAN, Malaysia juga digesa memimpin rundingan serantau untuk membantu negara anggota seperti Kemboja dan Laos yang lebih terkesan.

Susulan bantahan antarabangsa, AS telah menangguhkan pelaksanaan penuh tarif baharu selama 90 hari bagi membolehkan rundingan lanjut satu peluang penting buat Malaysia dan ASEAN memperkukuh kerjasama ekonomi.