SUBANG JAYA: Dalam usaha meringankan beban mangsa tragedi kebakaran paip gas di Putra Heights, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Setiausaha Politiknya, Datuk Azman Abidin, telah menyampaikan bantuan kilat di Dewan Masyarakat Bukit Lanchong, di sini, semalam.
Menurut perkongsian Facebook Perdana Menteri, bagi mangsa yang kehilangan tempat tinggal sepenuhnya dengan hasil pemeriksaan pihak Bomba, bantuan tunai sebanyak RM5,000 telah disalurkan kepada setiap isi rumah.
More interested news..
- Semarak semangat Bulan Kebangsaan, Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang dilancarkan
- KEADILAN kecam penghinaan terhadap agama, gesa tindakan berdasarkan undang-undang
- Hari Bumi Sedunia 2024: Kerajaan sedang usahakan dasar berkaitan sisa plastik – NRES
- Kerajaan lulus vaksin D-Tap ibu mengandung, cegah bayi dijangkiti batuk kokol
“Manakala, bagi mangsa yang mengalami kerosakan separa pada kediaman masing-masing, bantuan sebanyak RM2,500 turut diberikan.
“Secara keseluruhan, sejumlah RM1.4 juta telah disalurkan melalui peruntukan khas Perdana Menteri serta sumbangan daripada syarikat PETRONAS,” katanya.
Langkah ini menunjukkan komitmen kerajaan dan sektor korporat dalam membantu mangsa yang terkesan akibat insiden tragik ini.
Dalam ucapan penuh empati, Azman Abidin menyeru rakyat Malaysia untuk terus mendoakan ketabahan, kekuatan dan perlindungan bagi semua individu dan keluarga yang terlibat dalam menghadapi dugaan yang amat menyayat hati ini.
Untuk rekod rincian kategori rumah terjejas merekodkan 81 buah rumah musnah sepenuhnya, separa musnah (81), terbakar tetapi struktur selamat (57) dan 218 buah rumah tidak terjejas.











