Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan ekoran vaksin yang diterima.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan mempunyai data kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin dan mempunyai kaedah bagi merawat kesan sampingan tersebut.
More interested news..
- Kerajaan lulus vaksin D-Tap ibu mengandung, cegah bayi dijangkiti batuk kokol
- KKM pantau penyakit berkaitan cuaca panas, nasihat orang ramai kekal tahap hidrasi
- HKL bakal dibangunkan semula secara berperingkat – Menteri Kesihatan
- Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Perubatan di peringkat akhir – Dr Dzulkefly
“AstraZeneca sudah menarik balik vaksin mereka, ini (isu) global. Apa yang kita mahu pastikan adalah kalau ada sesiapa yang terbukti (berdepan isu kesihatan) terkait dengan AstraZeneca kita ada cara untuk memastikan mereka diberikan perlindungan dan bantuan.
“Ada kaedah untuk kerajaan bertanggungjawab memberi rawatan kepada mereka. Itu jaminan kerajaan dan kita akan tahu kes-kes berkaitan kerana ada data pendaftaran,” katanya dalam satu sidang media di Baling, Kedah pada Jumaat.
Media sebelum ini melaporkan firma farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia.
Keputusan menarik balik itu dipercayai dibuat selepas syarikat itu mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin berkenaan boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya.
BACA LAGI: KKM sasar tempoh lima tahun laksana sepenuhnya transformasi kesihatan digital
Sementara itu tegas Dr Dzulkefly, kerajaan turut bertanggungjawab terhadap penerima vaksin daripada firma farmaseutikal lain seperti Pfizer-BioNTech dan Sinovac, sekiranya terbukti menghadapi kesan sampingan.











