Kementerian Komunikasi bakal mengambil tindakan dengan merangka usaha yang lebih mapan dalam usahanya mengangkat kembali kebebasan media.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya menerima dengan hati terbuka laporan indeks dikeluarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang meletakkan Malaysia di tangga ke-107 Indeks Kebebasan Media.
More interested news..
- Akta Laut Wilayah 2012: Keputusan Kerajaan Pas Terengganu hipokrit – Fahmi Fadzil
- Kebajikan terbela, Finas taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni
- Kanak-kanak bawah 13 tahun tidak dibenarkan miliki akaun media sosial – Menteri
- PM arah Jemaah Menteri kerap turun padang tinjau situasi semasa harga barang
“Saya terima laporan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) RSF ini dengan hati terbuka.
“Banyak yang perlu dimuhasabah dalam mengimbangi usaha menjamin kebebasan media dan pada masa yang sama melawan fitnah serta penyebaran maklumat palsu.
“Insya-ALLAH, saya dan pasukan akan menghadam laporan ini serta merangka usaha-usaha yang lebih mapan ke depan,” katanya menerusi hantaran di X pada Jumaat,” katanya menerusi hantaran di laman X.
BACA LAGI: Kerajaan ambil pendekatan lebih releven tangani isu artis bermasalah
Dalam indeks berkenaan, kedudukan Malaysia merosot kepada 52.07 mata berbanding 2023 yang mencatatkan sebanyak 62.83 mata.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan Malaysia di kedudukan ke-73 daripada 180 negara pada 2023, meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu di tangga ke-133.











