Calon Pakatan Harapan (PH) mewakili Kerajaan Perpaduan mendahului kiraan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Menurut keputusan tidak rasmi di laman sesawang DAP, PH mendahului dengan 1,190 undi manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 320 undi.
More interested news..
- PRK Kuala Kubu Bharu: PM mahu jentera berkempen secara sihat, bersungguh-sungguh
- PRK Kuala Kubu Bharu: Kerajaan perkenal calon muda, pengalaman politik luas
- PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan MADANI bawa misi politik baik, sederhana
- PRK Kuala Kubu Bharu: hubungan baik calon kerajaan beri kelebihan kepada pengundi
PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan Pang Sock Tao, Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (PRM) dan Nyau Ke Xin (bebas).
Penjumlahan undi sedang berlangsung di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Difahamkan peratusan keluar mengundi pada PRK ini adalah sebanyak 61.12 peratus.
Sementara itu menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan undian awal berpihak kepada Kerajaan Perpaduan.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao sudah mendapat sebanyak 592 undi.
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut hanya memperoleh 156 undi manakala calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainuddin, dan calon bebas, Nyau Ke Xin hanya memperoleh satu undi.
BACA LAGI: Hubungan baik calon kerajaan beri kelebihan kepada pengundi
Pada Selasa lalu, seramai 769 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka membabitkan 97 peratus daripada keseluruhan 863 pengundi awal yang berdaftar.
Proses pengundian awal bagi pilihan raya itu diadakan pada Selasa lalu.











