Kerajaan Negeri Sarawak merancang untuk membangun semula perkampungan tradisional Melayu, Kampung Datu Lama di Sibu.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata usaha membangunkan semula kampung tradisional itu diputuskan selepas perbincangan beliau bersama pemimpin daerah itu sebelum ini.
More interested news..
- Kerajaan Sarawak biaya pengajian dua anak mendiang Joanna hingga universiti
- Jawatankuasa Teknikal MA63 bakal mesyuarat, muktamadkan isu pendidikan dan kesihatan di Malaysia Timur
- PM gesa kementerian pastikan kelancaran projek kesihatan, sekolah daif di Sarawak
- KKDW peruntuk dana RM1.5 bilion untuk pembangunan kawasan luar bandar Sarawak
Pada ucapan di Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri Bahagian Sibu, Abang Johari menjelaskan pembangunan semula itu bakkal melibatkan prasarana moden disamping mengekalkan ciri-ciri serta budaya asal kampung berkenaan.
“Kita (kerajaan) nak bangunkan semula Kampung Datu Lama dan mengekalkan apa yang ada tetapi mesti ada pembaharuan.
“Kita mesti memodenkan kawasan kampung dan pertahankan ciri-ciri dan budaya yang ada di Kampung Datu Lama dan sekitarnya. Ciri-ciri ini menggambarkan budaya yang diwarisi di Kampung Datu.
“Kalau pembangunan Darul Hana di Kuching boleh dibuat, saya yakin pembangunan semula Kampung Datu di Sibu pun boleh dibuat,” katanya dipetik.
Mengulas lanjut Abang Johari berkata pembangunan semula kampung terbabit merangkumi kawasan dari Masjid An-Nur hingga ke tebing Sungai Igan akan menyaksikan pembinaan rumah-rumah dengan reka bentuk moden yang lebih lebih selamat serta selesa
“Kita akan mencantikkan tebingan Sungai Igan, kita akan buat tebingan dengan ciri-ciri tarikan dan di tebingan sungai pula akan dibangunkan sebuah pusat konvensyen,”tambahnya.
BACA LAGI: PM gesa kementerian pastikan kelancaran projek kesihatan, sekolah daif di Sarawak
Sebagai rekod, Kampung tersebut yang merupakan perkampungan Melayu tertua di Sibu pernah berdepan kebakaran besar pada 2013.
Kedudukan rumah kayu terlalu dekat dan akibat musim panas dan angin pantai yang kuat menyebabkan api cepat merebak sehingga menyebabkan kira-kira 100 buah rumah musnah.











