
KUALA LUMPUR: Seramai 20 pemain dipilih untuk menggalas tanggungjawab skuad senior lelaki kebangsaan di Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara 2023-2024 yang dijadual berlangsung di Gniezno, Poland dari 31 Mei hingga 9 Jun ini.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan pasukan kebangsaan, Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak dengan kejohanan itu bakal menjadi medan ujian kedua pasukan selepas menyertai Piala Sultan Azlan Shah (PSAS).
More interested news..
Di Poland nanti, Speedy Tigers diletakkan dalam Kumpulan B bersama Perancis, Pakistan dan Kanada.
Berdasarkan senarai 20 pemain diumumkan, skuad kali ni akan menampilkan tujuh pemain yang tidak beraksi di PSAS baru-baru ini, selain lima daripada senarai pemain berkenaan akan meraih kaps anatarabangsa pertama mereka sekiranya diturunkan.











